Selasa, 2 September 2014

Kenali & Cara-cara memancing ikan Merah




Ikan Merah atau lebih dikenali sebagai Red Snapper (Lutjanus campechanus) merupakan ikan yang amat terkenal dikalangan pemancing. Tidak kira dimana sahaja pelosok dunia, semuanya mengenali ikan ini.  Di Negara kita ikan merah merupakan hidangan wajib untuk setiap masakan tempatan. Justeru permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi.  Selain itu isinya yang enak menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran kaki mancing.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di seluruh pelosok lautan kita. Tidak kira di mana sahaja,ikan ini amat mudah di dapati terutamanya di kawasan yang terdapat karang dan kapal karam. Antara ikan-ikan yang tergolong dari keluarga ikan Merah yang terdapat di perairan kita ialah:
  1. Ikan Merah (Lutjanus campechanus)
  2. Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
  3. Ikan Merah Mentimun
  4. Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
  5. Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
  6. Ikan Merah Ekor Sabit a.k.a Ruby Snapper
  7. Ikan Merah mata hitam
  8. Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Ikan Merah mampu membesar hingga belasan kilo. Tidak mengejutkan jika ada pemancing yang berjaya memancing specis ini yang bersaiz monster.
Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo) 
Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
 Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Umpan Ikan Merah
Memancing ikan merah amat mudah. Ikan ini tidak terlalu memilih umpan. Tidak kira umpan segar ataupun busuk, pasti dimakannya. Antara umpan-umpan popular yang digunakan untuk memancing ikan merah ialah.

Sotong.
-Tidak kira sotong hidup atau sotong mati pasti akan menjerat ikan merah. Umpan sotong boleh dicangkung seekor ataupun secara hirisan pada matakail.
Isi Ikan.
-Isi ikan merupakan kegemaran ikan merah. Isi ikan yang sering digunakan ialah isi ikan Kembung,Selar, Sardin dan tongkol. Sepanjang pengelaman saya memancing ikan merah, hirisan ikan tongkol paling pantas menjerat ikan merah. Mungkin kerana isi ikan tongkol berbau lebih kuat berbanding isi ikan lain.
Udang
-Udang juga merupakan pilihan umpan untuk memancing ikan merah. Ikan Merah tidak memilih sama ada umpan udang ini hidup ataupun mati.
Jig & lure
- pernah juga saya memperolehi ikan merah menggunakan jig dan lure. Sikap ikan ini yang tidak memilih umpan menyebabkannya membaham apa sahaja yang berada di depan matanya.
Ikan Merah yang terjerat dengan penggunaan lure
Jig besi juga boleh memujuk ikan merah
Untuk memancing ikan ini, kita jangan takut untuk mencuba sebarang umpan yang berpontesi supaya memaksimumkan tangkapan ikan ini.
Teknik.
Untuk memancing ikan ini, teknik pancingan dasar lebih ekfektif berbanding teknik lain. Penggunaan perambut amat penting untuk memancing ikan ini. Untuk memancing ikan ini saya gemar mengunakan perambut mono atau fluorocarbon berkekuatan 60lb & 80lb.

Tanduk/Ranggung
-Ranggung amat penting dalam persembahan umpan di dalam air. Persembahan umpan yang berkesan mampu menarik ikan merah untuk memakan umpan. Selain itu, penggunaan ranggung lebih menyasarkan ikan merah bersaiz monster.
Perambut appollo
- Perambut jenis ini lebih menyasarkan ikan merah bersaiz sederhana dalam lingkungan 2-6kg. Kadang kala ikan merah bersaiz monster juga terjerat dengan teknik ini. Perambut jenis ini memberi kelebihan kepada pemancing untuk menangkap lebih dari satu ikan merah pada satu masa. Perambut ini juga antara  paling ekfektif berbanding teknik-teknik lain.
Perambut mati.
-Perambut paling asas yang sering digunakan oleh pemancing. Jarang sekali saya memperolehi ikan merah bersaiz sederhana dan besar menggunakan teknik ini. Walaupun begitu masih ada ikan merah bersaiz juvenile yang sudi memakan umpan dengan menggunakan teknik perambut ini.

Lokasi
Walaupun taburan ikan ini sangat banyak di negara kita, tekong hendaklah mahir mengesan lubuk ikan merah ini. Ikan ini pasti ada terdapat di kawasan karang dan lubang. Selain itu lokasi kapal karam juga menjadi lokasi ikan ini berkumpul. Ikan ini akan bergerak secara berkumpulan dan sentiasa berpindah lokasi. Perlu diingati, ikan ini amat sentitif ketika memakan umpan. Jika salah seorang pemancing yang gagal menaikan ikan ini atau terlucut, pasti kumpulan ikan ini akan lenyap sekelip mata. Kemudahan teknologi seperti GOS dan sonar banyak membantu tekong untuk mengesan ikan ini.
Antara hasil ikan merah yang pernah diperolehi.


1 ulasan:

  1. Lutjanus campechanus tu Northern red snapper la, asal dari Lautan Atlantik. Tumpang tanya, di mana anda pancing ikan ini di Lautan Pasifik atau di Lautan Hindi, di mana negara-negara Asia Tenggara itu terletak? Ataupun anda pancing di Amerika? Jika tak silap saya, jenis ikan merah yang biasa terdapat di Lautan Pasifik ialah Lutjanus erythropterus.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...